Rabu, 16 Januari 2013

sekeping hati

aku tak tahu la apa lah salah silap aku kat dia,
aku penat hari2 aku yang jadi mangsa kemarahan dia...
aku pon manusia biasa jugak..
aku tak sempurna..
xblh ke diri aku ini dihadiahkan dengan kata2 yang indah2?
apa aku tak layak ke untuk terima kata2 yang indah?
sedih hati aku bila aku diperlakukan mcm ni...diperlakukan mcm patung yang tak punyai perasaan...

Isnin, 14 Januari 2013

sepi sekepeng hati

hari ni aku rasa seperti tidak wujud dlm tempat yg selama ini aku berteduh....aku bosan dengan keadaan ini...aku rasa seperti asing..ye la aku ni bukan anak emas pon..buat apa la aku ni nak ditatang..kadang2 aku cuba tahan hati aku dari cemburu dengan adik beradik aku yg lain yang mendapt layanan yang sangat baik sedangkan aku hanya diberi layanan yg agak buruk...selalu aku diperbandingkan dengan yg lain2.ye la aku ni apa pon xda harta lg la xda...mana ada orang nak layan aku ni baik2 sebab aku ni mana ada byk duit mcm adik beradik aku yg lain...dia org semua da ada kereta sendiri,rumah sendiri....aku ni apa ada?hanya moto buruk aku tu jer...mana la org suka kat aku...

Ahad, 13 Januari 2013

sakit hati ini...

aku buat blog ni bukan untuk apa...tp untuk aku luahkan segala perasaan aku..
aku anak kelima dari 6beradik...aku ada sorang kakak,3abg dan sorang adik...tp umur adik aku tak panjang..
kisah sedih aku ni bermula sejak arwah abah aku meninggal...sejak arwah meninggal hidup aku sentiasa dirundum dalam kesedihan...kadang2 sampai aku sendiri memang da xtahan nak menanggung...tp aku kuatkan hati aku untuk aku lalui smua ni...
aku ni x sama mcm adik beradik aku yang lain...aku mmg berbeza...ye aku mmg pernah buat salah...tp xpayah la ibu kandung aku sendiri nak hina caci nak buruk2kan aku kat semua org....mana tanggungjawab seorg ibu untuk menjaga aib anaknya sendiri?
selalu aku mengadu kat kakak aku yg dia boleh ckp kat aku 'bersabar'...
ye aku mmg bersabar tp sampai bila?aku ni manusia,aku ni anak dia jugak...tp aku xtau la kenapa dia suka memburuk2kan aku dan suami aku....
apa lagi yang kurang aku da buat?kalau dia mmg tak harapkan kehadiran aku kenapa dia lahirkan aku?
tp xcukup tu jer...bila aku dirumah dia akan membebel kat rumah bg aku dan suami dengar hingga kami berdua berasa kecik hati...
layanan yang dia berikan kpd kami 5 beradik pon nampak berbeza....aku mempunyai 3 kakak ipar..aku rasa layanan yg diberi kpd mereka lebihh baik dari apa aku dapat....
selama hampir 8 tahun aku pendamkan semua rasa dalam hati aku...aku xpernah membuka rahsia aku sendiri...tp hari ini malam ini pagi ini aku mmg dah xtahan...aku perlu luahkan semua nya untuk aku rasakan dan keluarkan segala kesedihan yg aku alami selama ini...
setiap hari ada ajer kata2 yang keluar dari mulutnya yang buat aku dan suami terasa hati..kadang2 kata2 tu selalu buat kami suami  isteri bergaduh...
bayangkanlah situasi aku.....disisi lain ini SUAMI di satu sisi lagi IBU....dua2 aku sayang,dua2 aku kasih...

saat aku menulis luahan ini air mata aku xpernah berhenti dari mengalir
sedih yang aku lalui ini teramat sakitnya....